Wednesday, March 30, 2011

contest natural beauty-abang Stalker


join contest ye abg stalker..dah lama tak join contest org ni..heee 
sab bg gmbr ni.ni masa freshie lagi.baru 2mggu kat UKM.skrg ni tggl lg 2,3mggu before kua ukm.
so umo gmbr ni pon dah nearly 3 tahun.heee....

nk join? klik sini


masa ni baru2 belajar senyum tak nmpk gg.sbb slama ni kalo aku snym mst nk nmpk je gg. *mentang2 la gg ko chantek!* hahahah

sab tag

ery farieha
annis suzana

diorg sab da gtaw.. =)

natural beauty is d one we ever dream of..

breakfast MC Donalds

entri kali ni nak laju2.disebabkan dok depan lappy dok baca entri orang,sampai bekfes yang aku beli kat mcd tadi ni pon tak makan2 lagi.air pon da sejuk!

dah dekat kul 11 tym ni.tp kete byk.tym ni da cuak sempat ke tak..huu

akhirnya.selamat berada disebelah.tggu la ko..habis aku ratah!

nyum2..ni dah kire mkn tghari da ni.bukan bekfes lg da.. =.='
ni sume sbb pakai kupon mcd tu lah.beli 5git dpt 2 big bekfes ni.utk cukupkan 5git,aku beli la mc flurry yg mmg mjadi idaman aku lately dgn air tea..ni pon sbb ada lg kupon tu dlm kete masa kuar ngan boyfie dlu.ade gak pk nk arini ke esok..sbb valid smp esok je.31/3.eh korg taw kan pasal kupon ni?hee tak gtaw plak pasal kupon mc d ni kt korg..esok aku ade class kul 11 so mcm tak best lak nk guna utk esok..so kelam kabut td g isi myk kete,tekan duit n drive thru mcd.alhamdulillah sempat.heee~~

dah abes masuk entri ni,aku nak makan sambil layan movie..jom! jom!

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

berakhir sudah viva dihadapan penyelia dan pemeriksa. berakhir jugak kajian Penyediaan & Pencirian Selulosa daripada Nata De Coco. puassss... heee

tinggal edit2 balik sebelum di bind dengan kulit keras.

Syukur sangat.sebab pemeriksa tadi pun tak banyak soal.n aku yakin dengan jawapan aku.tak mcm masa present proposal dulu.

sekarang aku dah faham.bia la tak lama pun masa yg diambil untuk buat preparation viva ni asalkan kte betol2 faham dan yakin dengan ape yg kte cakap. daripada aku buat preparation bagai nak rak masa present proposal dulu tapi tak dapat jawab dengan sebaiknya.

sekarang ni,6 jam kredit dah settle.tinggal nak amek exam plak start 11.4.2011.

wish me luck for my last papers before i grad! =D

Thursday, March 24, 2011

a date with Viva thesis

haa..tajuk nih aku rse mesti ade yg silap paham.ni bukan kete perodua viva tu..tp ni viva utk thesis aku yang dah selamat disempurnakan dengan..jayanye. hee Alhamdulillah,result analisis dapat seperti mana yang dijangkakan.menepati keseluruhan hipotesis. tesis pon dah selamat hantar jumaat lepas.so skrg ni dak2 course mate aku mesti sama2 tgh cuak utk viva hari selasa n isnin ni. aku dapat ari senin pagi.around 11am.hope cukup masa utk wat revision balek! pronounce utk viva ni bukan VIVA.tapi 'VAIVA'. jgn tnye nama sedemikian rupa.aku pon taktaw.viva ni presentation untuk thesis yang dah dilakukan.akan ada sesi soal jawab sama macam dulu kitorg hantar proposal thesis.

Gementar tak?

Mestilah!

Sebab nanti ada soal jawab eh?

A'ah..

Kalau takleh jawab cemana?

Kurang la markah untuk thesis ni..dahla 6 jam kredit.

pfuhhhht! mmg skrg ni tgh cuak.sbb takot soalan yg ditanya tak dpt dijawab dgn baik. teringat balik masa aku present proposal dulu.mmg hampeh! so aku tanak ulang lagi dah.weekend ni harus bersiap sedia dengan ilmu yang penuh di otak la jawabnye.huuuu....

Wednesday, March 23, 2011

brape harga blog korang?

nak cek harga blog korg tu berape ringgit? hee..agaknye kalo aku jual blog aku ni, leh dapat byk yg mcm mende alah ni jual tak?weeeee~~~

nk taw brape harga blog korang? jom terjah sini

                                     ---->http://bizinform.org/my/

CONTEST: Bahagia Bersama da hampir tarikh tutup

just a short note to inform u all...

tarikh tamat contest da maken dekat..

tgl lg lebey kurg seminggu jek lg..

sape yg nak join tu,cepat2 la join ok!

as i said before, adiah tu ade kaitan dengan gmbar korg..

heeeeeee.... XD

Monday, March 21, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE : THE MEMOIRS OF TUN MAHATHIR MOHAMAD


TUN MAHATHIR. sape yg tak kenal beliau? dak2 kecik yg umo 5tahun pon kenal.. Beliau adalah idola aku. memang aku suka cara beliau mentadbir Malaysia. tgk je kat Putrajaya pon korg akn rasa bangga jadi rakyat Malaysia...
Buku "A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Mahathir Mohamad". menceritakan tentang kisah beliau dari kecil sampai la menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.. nak tahu ape lagi isi kandungan dalam buku ni?
kalo nak aku ceritakan semua,mmg tak dapat la sbb aku pun takde buku ni lagi.. bakal beli nanti, InsyaAllah.tak tahu la bila.wuuu~


Antara isi kandungan buku tersebut ialah :-


1- Kisah Tun Daim Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi menteri tetapi akhirnya dilantik sebagai Meneri Kewangan apabila Tengku Razaleigh Hamzah mengosongkan jawatan tersebut selepas Perhimpunan Agong UMNO 1984.


2- Operasi Lalang (OPS LALANG) membabitkan penahanan beramai-ramai lebih 100 orang termasuk ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 menyebabkan Dr. Mahathir di label sebagai diktator.


3- Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri pertama bukan daripada kalangan aliran undang-undang sepertimana Perdana Menteri sebelum beliau sekaligus mencetuskan konflik dalam pentadbiran undang-undang negara.


4- Seorang anak saudara Dr. Mahathir turut terlibat dalam gejala dadah tetapi telah insaf atas perbuatannye. Menunggang motosikal berkelajuan tinggi adalah hobi anak saudaranye itu selepas pulih dari gejala dadah, akan tetapi anak saudaranye itu telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.


5- Dr. Mahathir mengaku pernah terlibat dalam pasaran gelap sewaktu zaman penjajahan Jepun dengan menjual pakaian lama, barang perhiasan dan barang milik peribadi termasuk rokok yang diperolehi daripada tentera jepun.


6- Beliau meragui sama ada benar pengganas yang terlibat dalam peristiwa 11 September 2001 atau ia hanyalah drama yang dipentaskan untuk meyakinkan dunia mengenai serangan serius pengganas terhadap Amerika Syarikat.


7- Dr. Mahathir amat kecewa dan marah apabila kerajaan membatalkan projek Jambatan Bengkok yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura di Johor Bahru pada 2006. Beliau menuduh kerajaan Malaysia di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih perihatin terhadap kepentingan Singapura berbanding Negara sendiri.


8- Selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 31 oktober 2003, akhbar-akhbar telah menyiarkan gambar simbolik penyerahan satu fail biru kepada Abdullah namun hakikatnya, kata Mahathir, tiada apa-apa di dalamnya.


9.- Tun Mahathir hanya memiliki 2 buah kenderaan iaitu kereta Produa Kancil dan Proton Saga yang dibayar dengan wang sendiri. Kenderaan lain semuanya didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan harta kerajaan.
*sumber - akhbar kosmo



Buku ini dijual dengan harga RM100.00 senaskah dan ditulis dalam Bahasa Inggeris.. mungkin buku ini dapat membantu kita jerih perih seorang bangsawan dalam membangunkan negara Malaysia..


note: sejak Dr M tamatkan pemerintahan beliau,mcm2 jadi... -.-

dapat jugak kami p tgk belon panas!

haaa... ni pon cm jadik tak jadik je sbnrnye ni..last min pny ajak. 4 kami jela yg g. Ery yg smgt ajak dr mggu lepas lg.tup tup dy yg tak dpt p.sbb balik umah n keta tak dapat..ciann dy...

tanak cite pjg..layan gmbr jek oke.. last tym kitorg g dgn fmly ery.this tym dah sbb aku bwk kete aku la pulak angkut diorg g.dulu mse g ptg tu ujan gle lebat.dis tym cuaca ok.tp ade renyai2 ckit.still ada gmbr bsma payung! payung yang bertuah untuk masuk gmbr kali ini ialah payung dari fathah! yeayy tepuk tangan beramai2~~ hahaha

gmbr dgn payung! XD

ni skali skala tepek muka sdri.hahaha

oke pic ni over gila.tp aku sukaa! +D

inilah kami..berempat!


 kalo nak terjah blog kawan aku yg g tgk belon panas ni...nk baca cerita2 diorg lak..cite diorg lg hott dr aku pnye.korg leh g terjah annyss & eliane. fathah takde blog.sekian!


 p/s: sronok plak rse bila tgk2 gmbr ni.ni sume gmbr kngn sblm kitorg abes degree.ada masa lagi sebulan je utk bersama.wuuuuuu~~ =.='

Saturday, March 19, 2011

mengapa perlu membaca Al-Quran sedangkan tak memahami?

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

saya join bloglist yuyu zulaikha


taktaw la masih sempat ke tak nk join bloglist cik yuyu ni...try jelah.heeee
hope sempat la kan! =D