Monday, March 21, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE : THE MEMOIRS OF TUN MAHATHIR MOHAMAD


TUN MAHATHIR. sape yg tak kenal beliau? dak2 kecik yg umo 5tahun pon kenal.. Beliau adalah idola aku. memang aku suka cara beliau mentadbir Malaysia. tgk je kat Putrajaya pon korg akn rasa bangga jadi rakyat Malaysia...
Buku "A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Mahathir Mohamad". menceritakan tentang kisah beliau dari kecil sampai la menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.. nak tahu ape lagi isi kandungan dalam buku ni?
kalo nak aku ceritakan semua,mmg tak dapat la sbb aku pun takde buku ni lagi.. bakal beli nanti, InsyaAllah.tak tahu la bila.wuuu~


Antara isi kandungan buku tersebut ialah :-


1- Kisah Tun Daim Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi menteri tetapi akhirnya dilantik sebagai Meneri Kewangan apabila Tengku Razaleigh Hamzah mengosongkan jawatan tersebut selepas Perhimpunan Agong UMNO 1984.


2- Operasi Lalang (OPS LALANG) membabitkan penahanan beramai-ramai lebih 100 orang termasuk ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 menyebabkan Dr. Mahathir di label sebagai diktator.


3- Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri pertama bukan daripada kalangan aliran undang-undang sepertimana Perdana Menteri sebelum beliau sekaligus mencetuskan konflik dalam pentadbiran undang-undang negara.


4- Seorang anak saudara Dr. Mahathir turut terlibat dalam gejala dadah tetapi telah insaf atas perbuatannye. Menunggang motosikal berkelajuan tinggi adalah hobi anak saudaranye itu selepas pulih dari gejala dadah, akan tetapi anak saudaranye itu telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.


5- Dr. Mahathir mengaku pernah terlibat dalam pasaran gelap sewaktu zaman penjajahan Jepun dengan menjual pakaian lama, barang perhiasan dan barang milik peribadi termasuk rokok yang diperolehi daripada tentera jepun.


6- Beliau meragui sama ada benar pengganas yang terlibat dalam peristiwa 11 September 2001 atau ia hanyalah drama yang dipentaskan untuk meyakinkan dunia mengenai serangan serius pengganas terhadap Amerika Syarikat.


7- Dr. Mahathir amat kecewa dan marah apabila kerajaan membatalkan projek Jambatan Bengkok yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura di Johor Bahru pada 2006. Beliau menuduh kerajaan Malaysia di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih perihatin terhadap kepentingan Singapura berbanding Negara sendiri.


8- Selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 31 oktober 2003, akhbar-akhbar telah menyiarkan gambar simbolik penyerahan satu fail biru kepada Abdullah namun hakikatnya, kata Mahathir, tiada apa-apa di dalamnya.


9.- Tun Mahathir hanya memiliki 2 buah kenderaan iaitu kereta Produa Kancil dan Proton Saga yang dibayar dengan wang sendiri. Kenderaan lain semuanya didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan harta kerajaan.
*sumber - akhbar kosmo



Buku ini dijual dengan harga RM100.00 senaskah dan ditulis dalam Bahasa Inggeris.. mungkin buku ini dapat membantu kita jerih perih seorang bangsawan dalam membangunkan negara Malaysia..


note: sejak Dr M tamatkan pemerintahan beliau,mcm2 jadi... -.-

4 comments:

say- O said...

tak sangka pulak ko concern benda2 macam ni...respek!!

EyNaKiD said...

tak sangka? emm sbb blog aku ni tak penah cte pasal hal2 politik eh? hee

::FAIZ:: said...

Perodua Kancil dan proton saga yang dibayar dgn wang sendiri...Wow...

walinong sari said...

menarik. kadang2 kita kena juga baca buku2 yang berilmiah macam ni kan?