Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu n Fatwa menonton wayang

selamat hari ibu!!!
well,ari ni ari ahad.sedikit kecewa lah aku sbb kne jugak bekerja.begini lah hidup di kedah,kelantan n terengganu..tak kesah la.dah biasa kot.tapi ralat ckit la sbb dh 5tahun tak stay kedah~ hahaha

smlm dh wish.tp mcm tak berape nk spesel.so td pg agk spesel ckit.haha ape yg speselnye?takde ape pon..just slm cium tgn cium pipi smbl ucap slmt hari ibu n mohon maaf utk sgla kesilapan..nk buat lebih2 tak dpt la sbb td pn da agk tlambat.ni satgi nk balik.tgk mama masak apa..hahahaha..sng at kan? nk wat cene..dah keje...

so aku ade terpikir nk bwk mama g tgk nur kasih the movie.not bad jugak la kan? sbb aku mmg follow cte tu.mmg dah sepenuh at la suke kat adam tu.hehe tgk la cene t.pyh bila buat praktikal ni takde gaji.harap 100% pd ehsan mak bapak...huhu

then td ade bc blog khairul pasal hukum masuk tgk wayang..meh aku nk copy paste.nice to share with all of you yg dtg singgah blog aku nih..sbb aku ni kaki wayang la jugak dlu mse kt ukm.skrg ni 'kaki' tu dah hilang sbb 'fulus' pon dh takde.hahahah nice one!

link the other khairul


Masuk Ke Panggung Wayang / Menonton Wayang Adalah Haram.

Dan dari zaman sekolah dulu, rasanya dah banyak aku dengar ayat "Masuk ke panggung wayang adalah HARAM" atau pun "Kalau kau masuk je panggung wayang, sebelah kaki kau dah di neraka". Aku pun macam... "Oh okay. Wayang jom?"



Sebab-sebab kenapa orang kata masuk panggung wayang itu haram:
  1. Menonton wayang adalah satu bentuk hiburan
  2. Bercampur lelaki dan perempuan di tempat gelap. Dalam tempat gelap dan tak nampak apa-apa, macam-macam boleh berlaku.

Setiap bentuk hiburan tu haram?
Well, sejak bila pula benda-benda yang berkaitan dengan hiburan tu haram? Korang pergi konsert artis nasyid yang aku rasa paling best which is Maher Zain, tak ada pun kata haram? Nasyid adalah satu hiburan. Konsert Maher Zain adalah satu hiburan. Please lah jangan kata korang pergi konsert Maher Zain adalah semata-mata kerana lagu Maher Zain adalah satu dahwah. Konsert-konsert Saujana, Hijaz, Rabbani dan segala tu bukan dakwah? Kenapa korang tak berebut-rebut nak pergi pun? YES, sebab melodinya sedap. Lagunya sedap. Di tambah pula dengan wajah Maher Zain yang handsome tu patut lah ramai sangat muslimah yang datang. Dah datang, terpekik terlolong mendengar dakwah. COOOOL!
 
Dan hiburan adalah tak haram. Tak haram selagi ianya tak melalaikan sampai block waktu solat. Menonton wayang, main games, tengok cerekarama, tengok Mega Movie, beli DVD then tengok kat rumah adalah hiburan. Tapi bila tengok kat panggung wayang, ianya adalah haram? Nice fatwa guys.

"Macam mana kalau ada pasangan yang buat seks / ringan-ringan kat dalam panggung wayang tu? Kau dah kira bersubahat!"

Come on lah. Kalau ada pasangan nak buat seks, kita dikira bersubahat even kalau kita tak tahu? And diaorang akan pilih panggung wayang untuk bermadu kasih? Deorang tak akan pilih dalam panggung wayang doe. Hotel bajet lagi murah lagi selesa. Tak nak hotel, dalam kereta pun boleh untuk bermanja.

Well, aku selalu tengok midnight movie dengan kawan-kawan aku. Takkan la tengok wayang dengan member pun jatuh hukum haram? Kawan-kawan aku tu dah la lelaki. Aku tengok pun tak berselera. Dan kalau wayang kat Golden Screen Cinema yang agak maju, confirm ada CCTV yang ada LED. Kalau korang nampak CCTV yang ada lampu LED warna merah, tu bermaksud camera tu adalah camera berkuasa tinggi. Dengan kamera tu, jerawat korang pun boleh nampak. Ianya amat jelas. So, korang nak buat free ringan-ringan show kat depan kamera? Ewww.

"Aku tak kira! Panggung wayang adalah haram sebab ianya bercampur antara lelaki dan perempuan di tempat tertutup dan gelap! Kalau kau duduk sebelah perempuan macam mana? Ianya menghampiri zina! "
Oh seriously? Korang tau tak. Dulu aku selalu naik bas di waktu malam. Think about it:
  1. Dalam bas
  2. Tempat tertutup.
  3. Waktu malam
  4. Campur lelaki dan perempuan
  5. Orang yang duduk di sebelah adalah berlainan jantina.
  6. Tak ada CCTV.

OMG naik bas waktu malam lagi menghampiri zina dari tengok wayang di panggung wayang. Sesungguhnya, bila korang beli tiket bas untuk perjalanan diwaktu malam, maka sebelah kaki korang dah ke neraka. Bila naik bas confirm-confirm ah dah masuk neraka. Bila tengok seat sebelah korang ada orang yang berlainan jantina dengan korang, confirm masuk neraka yang paling bawah sebab duduk dengan orang yang tak ada ikatan atau pertalian yang sah. OMG OMG semua yang dalam bas tu berdosa!

And hey, tahu kah korang dalam bas express, ramai pasangan buat projek bila berada di seat paling belakang? Ya, lagi ramai beringan-ringan di dalam bas berbanding ketika menontong wayang. Tak percaya, try google "3gp dalam bas". So, kalau ada orang ringan-ringan dan mengawan di dalam bas, korang pun dikira bersubahat? Again, nice fatwa.

Aku rasa, apa-apa bas express di waktu malam pun perlu di haramkan. Sebab? Sebab ianya campur lelaki dan perempuan di satu tempat tertutup dan gelap. HAHA.

Dengan kata lain, halal haram tu bergantung juga pada your niat dan keinginan. Kalau you all pergi ke panggung wayang dengan niat untuk buat benda haram, maka haram la. Sama la juga seperti korang pergi rumah member. Pergi rumah member tak haram. Tapi kalau dah pergi rumah member untuk buat benda haram, maka haram lah.

So, bagi yang kata asal jejak je panggung wayang terus jadi haram, maka better kalau you all try take a look sendiri macam mana keadaan wayang tu.

1 comment:

Open Closet said...

Hi dear! Satin shawls ups for grab! Free postage! Visit www.theHijabis.blogspot.com