Sampaikan kepada wanita...
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada
1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke
rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah
dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang
ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah'
akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah',
Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2
1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala tola perak.
22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya
akan memasuki syurga.
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah
di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat
jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah
kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih
lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail......................
No comments:
Post a Comment