Wednesday, December 23, 2009

ISLAM DIHINA DIMATA MALAYSIA??

Baca  sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin  menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak  jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak  nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi  takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak  de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani  Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat  kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar  perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50  ahli politik Islam yang menurunkan
signature  sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada  Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah  terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada  semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang  mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,  supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam  kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat  bahwa pertubuhan
IFC  ini adalah musuh Islam di  M`sia.

Tuan-tuan  tau depa minta apa kat PM?...
 



Depa  send memorandum kepada PM meminta  15 perkara berhubung
dengan Islam supaya  dimasukkan dalam perlembagaan  Malaysia.

Antaranya:

1)  Setiap anak yang baru  dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan  dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu  berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan.  Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita  langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara  Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam  kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh  duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita,  'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata  nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita  tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan  dalam Perlembagaan Negara.


2)  Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan  kolum
identiti  agama -  maknanya, perkataan  'Islam' yang ada kat mykad kita  itu,depa
minta di'tiada'kan.


3)  Mana-mana orang bukan  Islam kalau nak  kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk  Islam.


4)  Mana-mana orang Islam  yang nak kahwin  dengan orang bukan  Islam,
mestilah  dia tukar agama kepada  bukan Islam.

5)  Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana  kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti  menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat  orang bukan Islam.


6)  Peraturan sekolah yang  mengizinkan anak orang Islam menutup  aurat
hendaklah  dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan  Islam.

7)  Hapuskan mahkamah syariah  kerana ia juga menghina agama-agama lain  -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita  tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect,  tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence  agama
kita. Kalau mahkamah syariah  disingkirkan, masalah faraid pusaka,  masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu  macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah,  maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas  akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat  secara berdaftar.


8)  Mana-mana orang bukan  Islam yang masuk Islam, semua  hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak  beragama Islam.


9)  Mana-mana pasangan yang  bukan Islam, apabila masuk Islam, maka  hak
penjagaan anak
tidak boleh diberikan kepada  mereka.


10)  Sebagaimana program-program di radio dan  tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam  dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu  juga
ajaran-ajaran  lain daripada Islam juga perlu diberi  ruang.

11)  Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut  mencetak bible
dalam  bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh  negara.

12)  Apa istimewanya Islam  sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi  di
Malaysia?  ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam  Majalah  Millenium
Muslim.

Ini  dia tuan-tuan, Islam  diludah depan mata kita sendiri, so  mana
sensitiviti kita terhadap agama kita  sendiri?...Datuk  Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam  yang sokong pertubuhan tersebut  supaya
dibatalkan  pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata  apa?...Depa kata kat
Mufti  Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti,  tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani  balas dalam majalah 'Millenium  Muslim',
katanya,  'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang  terlampau lebih,
maka  inilah hadiahnya!'...
Ini  dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang  lainnya  sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam  ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak  buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata  Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana  yang Tartar
berhukum  dengan berteraskan sistem pemerintahan yang  diambil daripada raja
mereka  Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka  undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku  menghimpunkan hukum-hakam yang  diambil
daripada  syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani,  Islam dan lain-lain.

Dalamnya  juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada  fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu  dijadikan undang-undang yang diikuti oleh  anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi  kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah
, sesiapa yang  berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib  diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum  Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain  daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar  (rujukan tafsir
al-Quran  al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.  Cetakan Beirut)

Allahua`ala  `alam.
27   SEPTEMBER 2007

**SAPA  YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA  SAUDARA MUSLIM
LAINNYA...  KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA  MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR  MENGHANCURKAN  ISLAM...

No comments: