Tuesday, June 28, 2011

happy birthday abah & mama!

mcm tahun lepas..sambut besday mama n abah.tapi kali ni,takde la pizza cm thn lepas..tapi ade kek..n kek ni specially made by myself tau! tu yg special ckit.tapi actually aku tak dapat raikan dgn diorg sbb ak g kem kt lmbh bujang tu la..huii..balik tu tnye mama ckp da potong..so takpe la,tak kisah la sgt..asalkan diorg epy..

bila tny ape rse kek tu, mama ckp ok.kakak pon suke.abah pon.kira sume ok lah.cuma tak gebu jek.tak jadik sgt span n tak gebu.jd kek padat.hehe..  next tym leh wat kek utk bday kakak lak..heee...



kek ni tak cantik..aku tau..tp at least aku ade effort utk buat kek sdri utk parents aku..ye tak? first try anyway! walaupun tak cantik deco nye, tapi kek tu menjadi.. =)

Monday, June 27, 2011

end of busy week

assalamualaikum!

wah dah lame tak jengah blog ni..been busy lately.dah bnyk plak pgrm bila da ujung2 praktikal ni. senin smp rabu lepas kami 3 org dak praktikal kat cni kne attach kat kilang kelapa sawit sg dingin yg sime darby pnye. ni 1st kilang klpa sawit yg kami p.sblm ni klg getah.mmg harum lah baunyee... tapi bila sampai kat kks ni pon, berbau jugak..bau palm yg dimasak.tapi bila da 3 hari kt sne,dah imun dah hidung aku ni dgn bau kat ctu.hehe


taken from on the top of clarifier tank with the background of palm oil mill. nice isn't it?
with d asst managers @ engineers

aku enjoy kt ctu.mmg best sbb dapat tgk process dr mula smp jd CPO-crude palm oil. asst manager kat sne pn baik2 blake.. sporting n takde kesah bila kitorg amek gmbr posing sana posing cni..hahaha ktorg mmg takleh bila ada camera.secara automatic akan pndg camera n snym walaupon tak disuruh! hahaha...

lagi satu,kekadang trase cam ade kat cameron jugak.keadaan persekitaran tumbuhan kat ctu mcm kat ladang teh.byk rumput2 kecik.pastu ctu slalu mendung.dekat dgn kawasan plg byk hujan.cuaca sejuk gak.pastu aritu mse asst manager tu bawak g tgk treatment plant, ade workers tanam pokok2 sayur.byk gile buah.so mmg rse cm, ade kat cameron... my friends pon ckp cmtu!


buah tomato.agak2 kat cameron leh dapat byk cmni tak??
end of story kat kks........................................


pastu plak,ari kamis samp sabtu lepas, dpt ikut g kem kesedaran alam sekitar (KeKAS) di Lembah Bujang. kem ni takde la best mne.kitorg dpt jadi fasi pon utk 1 slot je.sbb ramai sgt dah fasi dari UiTM Kedah. kem ni melibatkan pljr2 skola rendah n mngh..selain tu,ade gak international student dtg utk pertukaran budaya n tanam anak bakau.bestnye kat cni la..sbb dpt tgk ramai mat saleh yg putih2.ade 51 org,dari 47 negara.. antara yg smpt kitorg sembang2 dari Brunei, Cambodia, Greece, Hungary, Poland, Itali n lain2... tinggi nye tak pyh ckp la kan...hahaha

gmbr ni plg best.sbb ade awan nano..setuju tak? =p
mkn donat tak hengat.
tapi yg best pasal g kem ni,kitorg dah tak mcm jd fasi..tapi mcm g bercuti..melawa sakan! haha pastu plak,dapat naek bot pusing sungai tu..wahh..pengalaman menarik tu! sbb 4 dari kami ni under same fac kat u..n lg 2 dari UiTM Perlis.pon boley masuk kepala..lagi havoc lah kt sn.gelak tak hengat jadinye.. =)

best ever spjg ade kt kem tu. epy gilaaaa!!
minggu ni plak ari rabu cuti..sbb israk mikraj..ari kamis pegi kilang Intel.ade lawatan..best nih.minggu depan leh dapat g First Solar kot. dgr cite byk vacancy. leh jugak try mtk keje..haha padahal tak hengat dah brape org mati keje kat ctu..ishk..ishk..ishk...

Tuesday, June 14, 2011

Ayatul Kursi dan Kelebihannya

 
 
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

TERJEMAHAN:

 Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 

*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.  

HIKMAH:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 
 
tergerak hati aku nak share dengan rakan2 lain mengenai kelebihan ayat Kursi ni.memang, ramai yang tahu baca tapi kurang faham maksud disebalik ayat-ayat ini. so aku share kat sini supaya kita semua lebih bertambah ilmu di dada... =) 
ni disebabkan tgk cite Karak minggu lepas la ni.memang terkesan sungguh la dgn movie tu.bagus KRU (Yusry)! bukan aku sorg jek yg aku rse terkesan dalam hati..tapi mesti ramai jugak yg mcm aku ni.. hee..
tak guna setakat menghafal..tapi tak memahami.. ;)

Monday, June 6, 2011

Happy Birthday to you, abah!

happy birthday to you abah!

selamat hari lahir yang ke 60

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur abah..

anak abah ni still perlukan abah.nak gelak2 dengan abah lg

eyna doakan abah sentiasa murah rezeki dan sihat hingga ke akhirnya.

=)


Sunday, June 5, 2011

damn.........

sungguh sayu hati aku skrg ni.bkn sbb kena tinggal kekasih.kena tinggal g jalan2 pon bukan.tapi ni kes laptop aku yg pergi meninggalkan aku.huhu ayat nk gempak je.nyampah~ huhu

smlm bukak still ok.tp ade la kena warning overheat.then on balik still ok.pastu aku pon off balik n simpan.pagi tadi dtg opis nk bukak,da prob da.kat screen tak keluar gmbr.lampu caps n scroll lock da kelip2 da.haa sudahhh..... aku tau dah ni tanda yg tak bagus ni.calling2 org yg pakar pc,then diorg suggest maybe cause of overheat effect to my graphic card..graphic card ni plak attach with motherboard.woooohooo nyamannye aku dgr....

mmg harapla aku nak bawak g kedai repair.tah bile tahun la..duit dahla tgh takde.ni bkn takde main2.ni takde btol2.not hijau dlm purse pn takde inikan pulak note merah..kalo wat praktikal dapat elaun takpe la gak. aku taktau nk ckp cene perasaan aku skrg ni. sedih gila mcm kena tinggal buah hati. mmg takde mood la pasni.. slagi aku takde duit nk repair lappy,jgn hrp la aku nk senang2 at.... ='(

Tuesday, May 31, 2011

20 perkara perempuan TIDAK SUKA

things yang guys suka buat ang gurls meluat dengan sikap tu... i got some to share here...cam bese la.. sharing is caring! :)



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?


3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga.Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok.. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!


10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.


13.. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.


18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA CONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!



ade cik sab perasan.sesetengah orang yg cik sab kenal,suke jeling2 tgk pompuan.pastu suka mengomen plak tu.emm mmg hrp la cik sab suke.n alhamdulillah jugak, coz kawan2 cik sab yg rapat, diorang tau cik sab tak suka bau rokok.. n diorg mmg tak hisap depan cik sab... =)

Thursday, May 26, 2011

bahagia praktikal kat sini

assalamualaikum!

weee dah 4minggu aku prak kat sini.kinda enjoy tau.sbbnye leh visit site slalu gak.ikut pegawai kawalan ni wat inforcement n amek sample..isnin lepas g melawat bengkel2 kereta...selasa dengar presentation dari kilang..dapat mkn kfc coz diorg lanje..ari rabu dpt ikut diorg g amek sampel kat loji Indah Water kat taman-taman then trus g anta kat Jabatan Kimia untuk dianalisis.seronok dibawak berjalan2 nek pajero ni.arini plak dapat ikut g kilang plastic + cat...

kalo nk diikutkan bau loji dengan bau kat kilang plastik + cat ni, aku tahan lagi bau kat loji..tadi masuk kilang plastik n cat ni mmg gila la nk tahan bau.kuat sgt..da pening2 da..huuu mmg kuat la.at least g loji pon bkn bau kuat mne pon..sbb da proses..haa nk tau tak cene diorg proses najis2 korang tu? heee....nanti aku wat entri spesel untuk itu. mesti la korg nk tau hasil akhir taik korg tu cene kan? hahaha.....

minggu depan ari ahad aku cuti.saje mtk.ramai yg cuti. Datin pon xde,g kursus.2nd bos pn bercuti.so ape lg.. bercuti jugak la..hikhik. mggu depan pny schedule da dpt. ari isnin g kilang getah kat Baling. ari selasa g kilang kelapa sawit kat Sitiawan. ari rabu g dgr taklimat JAS kat HQ, Alor Star. khamis duk diam2 kt opis.huii minggu dpn pny scedule mmg g jauh2.mesti penat...yg td ni pon da penat..duii...

sebab ape ak kata ak bahagia kat cni?haa...sebabnye...aku ade kawan kat cni..bukan sorg..tapi 2..so xdela berkepit berdua..ni berkepit bertiga skali..nk mtk cuti pon 3,3 cuti skali.haha... pastu pulak..duk kat opis,tak byk keja..siap boleh online dr kul 8 smp 5..smp da taktaw nk dload ape da...mmg heaven...pastu lak skrg asek dibawak g site..wow mmg best la...dpt g jln sn cni..tgk kilg nye process cene..then dpt taw buangan kilang ni... even tak dpt gaji pon,aku tak peduli sgt..umah pon dkt..mkn sng..stay dgn famili..best2!! nyaman btul praktikal aku ni....heeee...

Tuesday, May 24, 2011

VIP - Lagu Sedih


Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku disini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
 
Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku
 
DJ putarkanlah lagu cinta
Erti kasih kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih
 
Apa mungkin dia sedang mendengar disana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
 
Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku
 
Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilangmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

arghhhhh....i loike!! 

Monday, May 23, 2011

jom pusing Kulim

just a short entry.

gambaq saja nak buh bg nmpk ceria. Erk!!

arini di bawak pusing Kulim n Lunas.
*korang tau tak Kulim n Lunas ni kt mn?huhu*
pergi ziarah2 bengkel kereta nak ushar depa punya tempat simpan SW305.
eceh.sejak dah praktikal kat JAS Kulim ni ayat nak bunyik utara ja.
dah pandai dah pasal buangan terjadual yg dulu masa kat kelas 
blajaq menatang ni mata duk mintak tutup ja.

SW305 ni bahan berminyak yang dikeluarkan dari kilang/bengkel.
kalo kat bengkel,minyak2 yg tgolong dlm SW305 ni minyak itam la mostly.
minyak ni depa jaga elok2 sbb ada nilai.
boleh jual.1 tong boleh sampai harga RM100.

tu ja. taktau nak sembang pa dah.
kami bkn saja p blajaq. tapi p bergambaq.
sonok gak depa bawak keluaq nek pajero yang bila sekali langgaq bonggoi ka,lubang ka,
melompat tak hengat.huii...

ni bengkel 1st yg kami pi.


ni la keja JAS.bila da lawat.kena tulis nota pbncgn n serah kat wakil bengkel untuk wat improvement kat bengkel dia..

ni bengkel 2nd. at least mcmni la kena simpan.baru proper.tak berlaku leaking ke alur air.

SW305. aku amek kat kedai Perodua pulak.dis one mmg proper la..

Sunday, May 22, 2011

selamat pengantin baru,ex-schoolmate

selamat pengantin baru untuk kawan sekolah rendah aku, Nuruljawahir dan juga pasangan Mohd Iqbal..smga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat~
disebabkan semalam sampai agak lewat,tak sempat la nk jumpa kawan2 yg lainnnnn... Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar dan dia sgt lawa semalam! skrg ni da byk kdri aku pergi,pengantin dy pakai tema kaler merah.wuuu ni yg wat aku pk 2,3kali tema aku nak kawin nanti.hahaha padahal lmbt lg pon.tp mmg dari dlu da jd impian nk pakai kaler merah...my feveret~ seems like have to change la..hohoho...

nak cerita byk pasal dia pon,aku da lama tak jmp sbnrnya..last jmp pon agknya masa last day kat skola rendah la kot.darjah 6.haha gila lama kan? tp kitorg baik la,famili pon kenal.so ni bkn stakat kawan2 je.ni kawan dgn mak bapak skali..hehehe..

tu je..semoga berbahagia.... =)

*kebetulan pulak aku pon pakai baju kaler merah*

Nuruljawahir dan Mohd Iqbal