Wednesday, November 24, 2010

pedoman untuk yang bakal bergelar SUAMI


ISTERI... Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.


Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.


Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... ... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga


Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita... "

lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti...

'Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa
rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.
 
 
sob3..! 1st class pnye sajak..terharu aku kalo suami aku nanti bagi ayat kt ats tu..huhuhu 

Tuesday, November 23, 2010

Menyesal.. =(

hai kawan2 blog puteri cactus! he..he..
arini mcm2 ak rse.yg nyata sekali penat la..masuk lab kn.lab kt ukm 1,kat MOSTI 1.2-2 experiment nk kne run skali sbb nk tgk hasil menjadi ke tidak.kejar sane kejar sini.mula la duk pk duit minyak.duit makan pon takde..inikan pulak duit myk kete..hoho...kne wat loan ngan ah long la..hihi...
epy jugak arini.sebab my sis yg tersayang dah lulus ujian jpj. sadis jugak laa sbb ni dh kali ke-3..Alhamdulillah pass jugak.dlu nk kate kt ak sgt..haha kn dh kna..tp takpe..dy epy ak pon epy.. =)
semalam sblm tido smpt call mama.smbg byk la gak.trasa mcm mama ada kat rumah je.hope mama tenang kat sana n diberikan kesihatan yg baik supaya dapat melakukan ibadat dgn sempurna..amin! counting days..24 days to go!

beberapa hari lepas,adelah kawan baik aku sorg ni..dy mnyedarkan aku..dia kte,aku ske buat pilihan.dan pilihan yang paling selalu aku buat mesti antara 2..emm..perkara ni biasa la kan bg semua org?tp bila dbandingkan dgn dia,mmg aku tnyata sgt2 suka wat pilihan.bg dia,ckuplah ada 1 n dia takkan pandang or cari yang lain untuk mendapatkan yang lebih baik dari yg ada depan mata.tapi sebelum pilih tu,dia akan pastikan sesuatu tu adalah baik,bagus, tak cacat, etc. tu kriteria biasa bagi manusia kan?
bila dh 'disedarkan' ttg perilaku aku tu, aku akui mmg aku ni dah la ske wat pilihan, dahtu payah nak buat pilihan.mmg selalunya akan amek masa yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatttt lama...nk wat cene..takkan nak salahkan ibu yg mengandung kalo dah perangai aku dari kecik ceni..

bercakap ttg pilihan,stiap kali aku tgk cerita asmara, dgr lagu soundtrack dari drama ni,pasti ak akn pk byk kali ape yg terbaik utk hidup aku..aduihh kadang2 rs cm nk pecah kpla..bia jelah ape nak jadi..bia masa tentukan..bia takdir yang decide..sebab Allah lebih tahu ape yang terbaik utk hambanye..boleh kan kawan2?

Sixth Sense- Menyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

aku tanak benda ni jadi dalam hidup aku...i dun want to regret anything that I've decided... =(
oleh itu...ape2 yang terjadi..haruslah kte redha andai itu takdirMu... =)

Sinar mata
hilang indah sirna
Bagai mengerti rasa

Verse 2
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apa ku daya

Verse 3
andai itu takdir MU ku dakap redha
hingga membawa DIA ke syurga
dengan yang ESA
 
Di sini kan ku
Ku mohon pada MU
Doa kau selalu ku setulus kalbu
ku serah segala pada MU
harapan ku satu
bisa ada nya waktu

berbicara
tentang kisah kita
tercipta penuh makna

Ku terima
mungkin akhir nyawa
jalani hidup kita

andai itu takdir MU ku dakap redha
hingga membawa DIA ke syurga
dengan yang ESA

Di sini kan ku
Ku mohon pada MU
Doa kau selalu ku setulus kalbu
ku serah segala pada MU
harapan ku satu
bisa ada nya waktu

Ku sujud atas kasih MU
beri petunjuk untuk ku
Ku percaya MU
Untuk terus berharap sehingga ku mahu

entri hari isnin

salam malam utk rakan2 blogger..
dah bermalam2 aku bermalam kat bilik anis nih. alasannye sbb rmte baru aku tak tibe2 lg n ak pon suspen sape la rmte baru ak tu..hohoho.slagi dy tak dtg,slagi tu ak stay cni.hekhek.nk kate ak kecut pon kate laa..ade ak kesah?wekk..ahahaha kalo korg pon,korg kesah jugak nk stay bilik tu kot.sbbnye sblm ni,bilik tu org india yg stay.pastu diorg duk smyg dlm bilik tu..bukak pintu je mst bau..so korg yg gurls ni..nak ke tdo sorg2 dgn takde rmte n bilik tu da kne tggl 3,4 hari..siap ade bau asap diorg lagik..huhu ak tak sggp la..lately ni kecut ckit.hahaha

skrg ni pulak ak da bawak baby kelisa tu dtg ukm.bwk dy jln2 kl.hoho pasni kesah duit myk la pulak nmpknye..duit..duit..hmm maken nak akhir zaman,makin bkuasa pulak duit ni kn?? ermm...

counting days...25days to go...then tggu mama kat airport penang...can't wait to see u.. =.=

arini da sakitkan hati orang..huhu...maafkan dinda~ tak bermaksud untuk membuat kanda terasa hati dgn dinda.wekkkk!!! huhuhu..uwauwauwauwa..esok jawab paper yg terakhir dengan baik ye..sy doakan yg terbaik utk awak. go go fighting!

Monday, November 15, 2010

Cinta Mohd

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang tersayang
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami 
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih 
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

this song keep remind me of someone.
to that guy,
even dia tak bagi kata putus, bukan bermaksud dia tak sayang.
mungkin kisah lama buatkan dy serik untuk terima cinta lagi dalam diri.
if u really luv her,juz keep trying..sabar byk2..
i noe u try hard.juz try harder.oke? hehe
but if u da giv up,terima lah seadanye..
bukan bermaksud dy tak syg awak,tp maybe dgn cara tu she help u to find sum1 else who suit you.
everything happen for a reason.. =)

be strong.and take care~!

Sunday, November 14, 2010

then you can call it L.O.V.E

don't love someone bcoz of his/her looks...
cuz good looks will fade
don't
love someone bcoz of his/her ways or PERSONALITY...
cuz people can
change


...just
love someone bcoz u want to,
and
love someone just the way he/she is...
and
love him/her for no reason...

or
better,
love
him/her with God as the reason..
the
love will stay



Saturday, November 13, 2010

yang ku mau

mood:tired
listening to: yang ku mau by Krisdayanti

bukan lagu ni yg ak nk ckp..tp lagu Dadali - di saat aku mencintaimu.skrg ni ramai plak yg duk play lagu nih.well,mmg best pon.aku ske lirik dy..

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

ni tgh duk kemas barang2.gile byk lah brg ak..mlsnye nk packing...sape2 nk tlg aku tak?hihihi...

aku ade terbace mesej yg penah aku bg kt en.boyfie dulu.tahun lepas.keadaan tu berulang lagi.tah smp bile kemelut akan berakhir.yg pasti,ak dah cukup bersabar sepanjang hampir sebulan ni...
sayang sy pd awk adalah pasti.
tp ble kegembiraan sy ditarik oleh awk sdri,
sy mule hilang rs syg pd awk.sekelip mate.
tak payah nk tggu sejam atau sehari.

 :: di mana letak syurga itu? T_T ::

Wednesday, November 10, 2010

tatatititutu!

sayonara sem 5.............................................................
berakhir sudah 7 paper utk sem 5 2010/2011.............
sedih la pulak. sbb berakhir dengan kurang cemerlang. ape lah result aku nti tu ye?
emm... aku dah cube yg terbaik..sebaik yg boleh aku buat.tawakal & berserah hanya padaNya... =)
byk kngn sem ni.byk pahit n manisnye...tp kbykan yg pahit jadik mase hujung2 sem ni.
tak pasal2 kne demam campak,tinggal parut abes kat muka,duit dalam akaun pn da kering, mama takde dekat,
kne stay utk masuk lab, psent proposal tak chantek, blablablabla.... n sem ni jugak sem yg paling byk aku bergaduh dengan en.boyfie.sgt.bosan...bosan......................
tapi manis tu ade gak.sgt byk.hehehhe anything yg buatkan aku senyum,happy,semua best!
aku syg family aku.......sayang kawan2 aku......

special thanx utk Annis sbb teman aku balik.walaupun same2 nk balik rumah,tp thanx jugak sbb tlg belikan tiket bus,belikan tiiket tren..dgn keadaan aku yg demam campak mase tu,mmg sgt2 memerlukan bantuan kawan~ huhuh n thanx jugak sbb temankan aku pergi kajang mkn KFC sehari b4 exam elektrokimia.. teringin nak mkn KFC tetibe..dhla hujan.agknye faktor ni jugak la kot aku terus dapat demam cmpk.dgn imun yg tak kuat,dok plak dgn rmte yg kne dmm cmpk..hohoho...

special thanx utk Ily,sbb sgt ambil berat mase aku sakit.cyes terharu! nasihat2 ko kat aku tu mmg best..ak ske! ak ske! lenkali kalo ak ade masalah ape,ak carik ko..sbb nasihat ko buatkan aku rse lebih bersemangat utk mengharungi hari2 mendatang,...ceewahh!! hahaha thx dak kecik!

utk kawan2 geng so panasss,
fathah-thx sudi dgr mslh org..bg nasihat jgn garu..hehe n tlg org gak mse mggu xm~!
zarina-thx utk nasihat2 suh mkn ikan haruan tuuu...walaupun nsht ko agk pedih,tp terkesan kot..smp ak dah mule rse kelam kabut nk g carik pati ikan haruan tu!hahahah
ain,paan-thx ain sbb sudi belikan makanan kat aku..paan jugak.thx bg nasihat!
ery-thx utk nasihat ko~~~ aku ske bile ak bce comment ko kt fb~ =)
yani-thx utk mask tu..kalo tak,taktaw la pe nk jd mse ak g amek xm..hohoho ^.^
yana............trima kasih utk semangat yg ko bagi....segale nasihat... =)
utk kawan2 teknochem jugak,thx byk2...sbb ambil berat... =)

cenilah keadaan aku mse jawab xm 31102010~ sgt lemah!

mmg susah bile jawab xm dlm keadaan tak sehat.tambah lagi demam campak.sape nak jwb xm dalam keadaan sakit?tp tu lah yg aku rse...skurang2nye ak ade pglmn tuu..
ak taw cene susahnye nk blaja bile badan tak sehat,suhu tinggi...
so kawan2.....hargailah keadaan kita apabila kita sihat.
jgn rosakkan badan dgn melakukan perkara2 yang tidak berfaedah!
selalu lah bersenam dan amalkan gaya hidup sihat!
ceewahhh...sab wat iklan la pulak....hahahaha

tata sem 5...berjumpa sem 6 pulak... utk en.boyfie,teruskan berjuang...hari ni baru 1st paper..so jgn down awal2~ 4 more to go~~~ ^.^

Tuesday, November 9, 2010

parut..parut..parut..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

nangis aku bile tgk dh ade parut kat muke nih.huhuhuhu nape ko tercabut? dh tak pasal2 berlubang dah muke aku...uuuwaaa..cdeynye...pesal byk sgt dugaan akhir2 sem ni... ='(
disebabkan terluka sgt hati ni,kal kakak.. i tot dy tak sedar suara dh lain.rupenye dy prasan.kemudian mule la sesi pujuk memujuk hati ni.huhuhu...sedih.nape nk kne tggl parut?dhla demam ni pon i tak suke dy datang!
rasa nak je tepon mama..tp kang tak senang at lak mama kat sne.takpe2,luah kat kakak pon oke..huhuhu

sok ade lagi 1 paper.harap dapat lakukan yang terbaik.walaupun mood dah hilang.oh kenapekah?! kalo diberikan pilihan,tanak aku stay sini.nk stay rumah je.duk dgn abah.tgk tv.makan.tido.ohh bahagianye...
tp tak dpt..dalam mimpi jelah..nti da masuk lab..hope evrything goes well... =)


Sunday, November 7, 2010

blog berwajah baru

salam semua!
dh lama aku tak update..sgt malas.dah takde mood agknye nk menulis.hoho xpe2,pasni aknku giatkan kembali penulisanku..ecewah~ ayat tabley blahh...
baru2 ni,ak kne dmam campak.gosh..for d 2nd tym.ni dr roommate tersayang la ni.nk tanak kne la jugak share.dhla aku exam mase tu.sekarang ni pn maseh dlm mggu xm.next paper on 9 n 10 nov.wish me luck kekawan! demam aku da sembuh,alhamdulillah..cuma parut ni je tak surut2.take time..sabar eyna sabar.hoho geram jek bile tgk cermin.rs cm nk kopek2 sume bekas yg ade..nti tggl parut la pulak..dh tak lawa cik eyna ni..hahaha..

mama dah selamat tiba di Mekah dengan kawan2 utk menunaikan haji..alhamdulillah..mama dah g 4hb aritu.disebabkan kne naik kat KL 5hb tu,so mama amek flight dr penang pagi 4hb tu...sedih.ramai yang hantar mama..tapi mama terkilan jugak sbb kawan aku sorg tu tak dpt hantar..takpelah,bukan menantu mama lagi..
mama nek kul 11pg..1230 mama call,da smp Lcct..kitorg kat sini lepak jap kat rumah abg mama.makan2,pastu balik.....

bila dah balik,tinggal aku berdua je dgn abah.abah awal2 masuk bilik tdo.ak pon da tataw nk watpe.tdo jelah.bgn ptg tu,tgk abah duduk kat atas buaian sambil dgr lagu dr hp.uwaaa sgt sedih okeh!mesti abah sunyi mama takde..aku pon sunyi gak.da sebak dah.nk cheer kan abah,so mcm biase ptg2 wat minum ptg..smbg2...mlm tu mama tepon..sembang2 dgn mama.mama stay kat kelana jaya.kul 5pagi nek flight ke Mekah..

itu adelah tanda chicken pox.huhu terpakse ber-mask!
1 whole family.cian.anta mama dgn muke under construction.huhu!
bgn pg,tgk abah dah basuh baju.pas mandi,tgk abah dah sidai baju.uih cepat.tak smpt nk buat.hehehe pastu mule la masak..wat sup ayam n goreng telur dadar jek.sbb abah ckp abh nak beli..lgpn 2 org jek nk mkn..
mlm tu mama tepon lg.mama da smp Mekah.ade kat hotel.jam sne lewat 5jam dr Malaysia.so kul 10mlm cni,5ptg kat sne...sembang kejap je.mama nk ckp mama da slmt smp sne..alhamdulillah...
6hb,aku amek tiket blk kl...sedih sgt rase mse nk kuar dari rumah! tak sampai hati nk tinggalkan abah sesorg..cian abah.sory abah eyna tak dpt teman..eyna da pesan suh kakak rajin2 dtg tgk abah.kat abang pun eyna da pesan.anak2 kakak ade takla abah sunyi sgt kot..

hari ni,aku melepak bilik je.sunyi.roommate takde.brg dia sume dah pack.dh lepak bilik kwn kot.tinggal ak sorg.kalo taw ceni,ak tak blk cni lg.lepak teman abah.tp duk umah tak study lak.huhu..sunyi sgt.terasa nak cakap dgn seseorang...tp mama da jauh...takkan everyday aku nk tepon.tak kusyuk mama nk beribadat kat sana nti..ak juz doakan yang terbaik utk mama.semoga mama sihat selalu kat sana,dapat wat amal ibadat dgn tenang...semoga perjalanan mama sentiasa selamat..aminn!


disebabkan aku terlampau sunyi,aku pun update la blog ni..dh lama tak pkai baju baru.hehehe tggu la aku ada idea baru nk olah kat blog ni...mood pon tak berape nk ok skrg ni..after 2 paper ni,lehla nak enjoy sakan..hahaha emm..kalo tiap2 minggu nk blk jmp abah bole tak?ade sape2 nk sponsor duit tiket bus?? hehehehe...

syasya yang comel!